RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran : Matematik
Kelas : 4 Berlian
Tarikh : 19 Januari 2011
Hari : Rabu
Masa : 9.00-10.00pagi (60 minit)
Bilangan murid : 24 orang
Topik/Tajuk : Nombor Bulat
Bidang pembelajaran : Pendaraban nombor sehingga 100 000
Objektif pembelajaran : Darab 2 nombor dengan hasil darab tertinggi hingga
100 000
Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, diharapkan murid dapat :
A Menguasai Isi Kandungan
1. Mendarab nombor menggunakan kaedah bentuk
lazim,kira cepat
B Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir,dan Strategi
Berfikir
1 Mendarab nombor menggunakan kaedah kira
cepat, iaitu bagi darab melibatkan nombor 10,100
dan 1000.
C Mengamalkan sikap Saintifik dan Nilai Murni
1.Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
berkumpulan serta bekerjasama untuk
mendapatkan jawapan.
Konsep/prinsip/hukum/teori : Bentuk lazim,kira cepat
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari konsep pendaraban
nombor ketika di tahap satu, di mana pendaraban
ialah operasi tambah berulang-ulang yang hasilnya
dikenali sebagai hasil darab.
Bahan,peralatan dan bahan sumber : Kad imbasan,kad soalan ,lembaran kerja
individu,kad soalan berkumpulan.
Langkah berjaga-jaga : Memastikan murid menulis sifir sebelum
menjawab satu-satu soalan bagi mengelakkan
kesilapan mengira.
FASA | ISI KANDUNGAN | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | NOTA | |||
AKTIVITI GURU | AKTIVITI MURID | |||||
SET INDUKSI Permulaan/ Mencungkil idea (+ 5minit) | Mengimbas kembali konsep darab | Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan menggunakan teknik soal jawab.Mencungkil idea murid berdasarkan konsep operasi darab. Cth: 6 x 4 =__________ (rujuk Kad Imbasan- Lampiran 1) | Murid memberikan respon dengan menjawab soalan yang diberikan secara lisan. | Strategi/teknik: Penyoalan menyeluruh kelas (Pembelajaran Konstruktivisme) BBM : Kad Imbasan | ||
LANGKAH 1 Menstruktur/menstruktur semula (+ 40 minit) | Mendarab nombor 3digit dengan a)100 b) nombor 2digit Menggunakan kaedah kira cepat dan bentuk lazim | Guru menunjukkan soalan kepada murid dan membantu murid mendapatkan jawapan.(rujuk Kad Soalan guru-lampiran 2). · 455 x 100 =_________ · 604 x 26 =________ ![]() · 455 x 100 = 45 500 #
6 0 4 ![]() 3 6 2 4 + 1 2 0 8 0 1 5 6 0 4 # Guru menggunakan kaedah bentuk lazim,di mana selepas digit pertama didarab dengan nombor,guru menyarankan kpd murid agar menanda digit itu sebagai peringatan bahawa digit tersebut sudah didarab. Guru bersama murid membincangkan jawapan soalan dilembaran kerja. *Murid yang menguasai meneruskan fasa aplikasi idea,murid yg tidak,dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil. | Murid mendengar penerangan yang guru berikan dan mengaplikasikan kaedah yang guru tunjukkan ketika menjawab soalan dalam lembaran kerja (rujuk Lembaran kerja- lampiran 3) Aktiviti Pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil. | Strategi/teknik: Pembelajaran Masteri BBM : Kad Soalan guru,lembaran kerja NILAI: Penglibatan aktif | ||
LANGKAH 2 Aplikasi Idea (+ 10minit) | Aktiviti berkumpulan | · Guru mengedarkan kad soalan untuk 6 kumpulan yang terdiri dari 4 orang murid bagi setiap kumpulan.Setiap kumpulan terdiri dari murid bijak,sederhana dan lemah. (Kad Soalan berkumpulan-rujuk Lampiran 4-setiap kumpulan mendapat soalan yang sama) · Guru menetapkan masa selama 5 minit untuk murid menjawab. · Guru memeriksa jawapan setiap kumpulan. | · Murid dalam kumpulan bekerjasama dalam mendapatkan jawapan.Murid bijak membantu murid lemah menyelesaikan jawapan. · Ketua kumpulan membentangkan jawapan yang diperolehi di papan putih. | Strategi/teknik: Pembelajaran Masteri BBM : Kad Soalan berkumpulan NILAI: Penglibatan aktif,menghargai masa,bekerjasama | ||
REFLEKSI/ PENUTUP (+ 5 minit) | Penutup /rumusan pembelajaran hari ini | Guru menekankan kembali prinsip pendaraban menggunakan kaedah kira cepat dan bentuk lazim.Guru memberikan masa kepada murid yang ingin bertanya bagi yang menghadapi persoalan berkaitan operasi darab. Guru mengedarkan lembaran kerja-aktiviti pengukuhan untuk murid jawab di rumah.(rujuk lampiran 5). | Murid menggunakan peluang masa yang diberikan untuk bertanya kepada guru. | Strategi/teknik: Penyoalan menyeluruh kelas (Pembelajaran Konstruktivisme) BBM: Lembaran Kerja -Aktiviti pengukuhan |